22 November 2010

KAWAN ...

1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan
sanggup mati kerana anda.


2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda
dalam
beberapa cara.


3 . Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi
seperti anda.


4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang,
walaupun dia tidak menyukai anda.


5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.


6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.


7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.


8. Anda seorang yang istimewa dan unik.


9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.


10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah
sebaliknya.


11 .Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula;
mungkin
anda yang meminggirkan mereka.


12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk
mendapatkan
sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi
sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan
memperolehinya.


13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki
hamun,
caci & cela.


1 4. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa
senang
bila seseorang mengetahuinya.


15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk
memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan
untuk
mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk
menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

No comments:

Post a Comment